Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

10 Prinsip Kesederhanaan Rakyat Malaysia (L86)

HARGA: RM34.90

Berat | 0.387kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789671566725
Qty
Penghantaran

Anas Zubedy merupakan ahli perniagaan Malaysia yang percaya dalam peranan aktif beliau sebagai pejuang dan Agen Kesederhanaan. Dilahirkan pada tahun 1964 di Pulau Pinang, beliau membesar dalam kalangan kaum Melayu, Cina, Serani dan India. Proses sosialisasi awal dan pengalamannya telah meninggalkan minat mendalam untuk mengamalkan sudut pandang pelbagaibudaya dan mempromosi perpaduan. 

 

Cinta pertama Anas adalah pengajian agama dan budaya; beliau meluangkan lebih banyak masa membaca berkenaan falsafah Cina serta agama Hindu, Buddha, Kristian, dan Islam berbanding menelaah kursus pengajian beliau di universiti. Beliau mempunyai minat mendalam dalam pengurusan perubahan, pemasaran, dan politik. Beliau meminati pelbagai jenis muzik; menjauhi daripada menonton televisyen, dan lebih gemar bertemu orang, membaca, menulis, dan bersenam. 

 

Buku ini adalah penulisan Anas yang terkini. Buku-bukunya sebelum ini adalah Have a Meaningful Malaysia; Al-Quran dalam Hidupku ; Allah dalam Bible, boleh atau tidak? Satu sudut Al-Quran; #BodohPolitik: 101 easy guides on how (not) to choose Malaysian leader; The Middle Path: An Alternative to the Partisan Madness; #MoneyTalk: 139 easy guides on how to make an keep money without cheating and corruption; dan Pelbagai Warna, Satu Bangsa: 10 Perkara Baik Yang Boleh Kita Kongsikan Kepada Anak-Anak Kita Mengenai Kaum Lain dan #WahaiMelayu.