Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

77 Resipi Kek Lapis Sarawak (L190)

HARGA: RM25.00

Berat | 0.320kg
  • Kuantiti: 68
  • Produk SKU: 978-967-481-227-0
Qty
Penghantaran

Tajuk: 77 Resipi Kek Lapis Sarawak
ISBN: 978-967-481-227-0
Penerbit: PTS
Penulis: Chef Hanieliza
Tahun Terbitan:2019
Muka Surat:172
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.32kg
Dimensi (cm): 25cm x 19cm x 1cm

 

SINOPSIS / SARI RANSANG

Buku ini adalah himpunan 77 resipi kek lapis Sarawak moden dan tradisional yang dimasak menggunakan kaedah bakar dan kukus.

Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Noy Yullan yang berasal daripada Sarawak. Beliau begitu teliti dalam menghasilkan setiap resipi kek lapis Sarawak.

Terdapat penambahan resipi yang diambil dan diolah daripada resipi kek lapis yang lama. Ada resipi tahun 80-an, 90-an, dan awal tahun 2000. Sukatan resipi lama ditukar mengikut sukatan standard (gram, cawan, dan sudu metrik) kerana sukatan lama agak sukar diimplimentasi.

 

ISI KANDUNGAN

 

Kek Lapis Diva

Kek Lapis Idola

Kek Lapis Coklat Cheese

Kek Lapis Masam Manis

Kek Harimau Malaya

Kek Lapis Tembikai Cheese

Kek Lapis Siakap Keli

Kek Lapis Cadbury

Kek Lapis Mint, Coklat, dan Cheese

Kek Lapis Mutiara Kasih

Kek Lapis Oreo Cheese

Kek Lapis Tropika

Kek Lapis Tuan Anas Mikael

Kek Lapis Rainbow Cheese

Kek Lapis Ppali-Ppali

Kek Lapis Coco Pie

Kek Lapis Strawberi Bintik

Kek Lapis Songket Sarawak

Kek Lapis Horlick Cheese

Kek Lapis Abang Jebat

Kek Lapis Keladi Cheese

Kek Lapis Pandan Peppermint

Kek Belacan

Kek Holiday Inn 90-an

Kek Kelasi

Kek Lapis Internet

Kek Lumut Almond

Kek Lapis Siti Aishah

Kek Lapis Esoklah Diet

Kek Lapis Dangdut Star

Kek Lapis Coklat Cheese Kukus

Kek Lumut Cheese Sakura

Kek Lapis Koko Horlick

Kek Pilih Kasih

Kek Lapis Cheese Bintik

Kek Lapis Ombre

Kek Lapis Finding Dory

Kek Lapis Semanis Honey

Kek Lapis Nana Tanjung

Kek Lapis Perancis

Kek Lapis Sabok Tun Razak

Kek Lapis Lapisan Bumi

Kek Lapis Batik Thailand

Kek Batu Marmar Nutella

Kek Hijau Kukus (Kek Ijo)

Kek Lapis Apple Lady

Kek Lapis Nusantara

Kek Lapis Matcha Choco

Kek Lapis Mini Mouse

Kek Lapis Oreo Crushed Nutella

Kek Lapis Cloudy

Kek Lapis Perigi Biru

Kek Lapis Millenia

Kek Lapis Evergreen

Lady Baltimore

Kek Lapis Boyan

Kek Lapis Walnut

Kek Lapis Horlicks

Kek Lapis Prune

Kek Lapis Jerudong Park

Kek Lapis Senja Nan Merah

Kek Lapis Blueberry

Kek Lapis Lembayu

Kek Lapis Desayang

Kek Lapis Jalur Gemilang

Kek Lapis Ratu Jamu

Kek Lapis Bumiko

Kek Lapis Mozek

Kek Lapis Cheese Nestum Coklat

Kek Lapis Goyang Dangdut

Kek Lapis Coklat Cheese Kukus

Kek Lapis Kucaimars

Kek Lapis Cadbury Oreo

Kek Lapis Lumut, Belacan, cheese

Kek Lapis Henna

Kek Lapis Coklat Andes

 

Buat Sendiri Kek Lapis Sarawak: Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Untuk Kek Lapis Yang Pasti Menjadi

Sebut sahaja kek lapis, pasti ramai yang terbayang kek lapis Sarawak yang sering menjadi igauan.

Bagi yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti pernah mendengar nama-nama kedai kek lapis yang terkenal seperti Kek Lapis Dayang Salhah atau Mira Cake House.

Dahulu kala, antara perisa kegemaran ramai ialah kek lapis masam manis. Sesuai namanya, rasa manis kek yang digabungkan dengan Asam Haw Flakes atau juga dipanggil asam duit-duit memang menghasilkan kombo yang meletup.

Hari ini, kek lapis diberi rasa yang lebih da bomb bila digabungkan dengan bahan mewah seperti Nutella, krim keju serta kepingan-kepingan coklat berjenama.

Membayangkan sahaja cukup untuk mengocak iman di dada. Apa kata cuba buat sendiri kek lapis di rumah untuk pilihan yang lebih kreatif lagi. Ini tips daripada Noy Yullan yang mahir membuat sendiri kek lapis Sarawak sejak berusia 14 tahun:

Bahan-bahannya:

  1. Mentega

  2. Gula kastor

  3. Ovalette

  4. Telur

  5. Kaya

  6. Susu pekat

  7. Serbuk Horlicks

  8. Tepung gandum/Tepung Hongkong

  9. Pewarna

  10. Perasa

 

Tips magik:

1. Guna api atas sahaja untuk membakar dengarn ketuhar oven. Kek akan kurang kering

2. Satu lapisan kek dimasak sekitar 5-7 minit bergantung lapisan bater dan jenis oven. Sambil memasak setiap lapis, boleh buat cabaran 5-7 minit ala Kak Noy. Set alarm di handphone lagi baik.

3. Bereksperimen dengan bahan-bahan yang biasa digunakan. Tukar perisa cappucino dengan serbuk Milo ke. Campur Milo dengan serbuk Nescafe ke. Kreatif gitu.

4. Jika kek keluar dengan gelembung kecil diatas permukaannya, gunakan seterika kek untuk ratakan secara perlahan. Jangan kasar-kasar tau.

5. Boleh guna serbuk penaik bagi yang sukakan kek yang lebih tinggi. Tak nak guna pun tak mengapa.