Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

99 Stress Free Daddy (L132)

HARGA: RM18.00

Berat | 0.175kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-0716-89-3
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz: 5.2" x 7.5”
ISBN-13: 9789670716893
Tarikh Terbit: 17 Februari 2016
Jumlah Muka Surat: 152
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Azzam Supardi

 

Resume seseorang ayah, jika dizahirkan di atas kertas, tidaklah panjang berjela seperti resume seorang ibu. Mungkin kerana ayah lebih cool dengan anak-anak? Ehem.

 

Buku ini menghimpunkan 99 kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya yang kuat berceloteh den 'membebel'. Ayah ini mengambil keputusan berhenti kerja dan membuka studio sendiri di rumah, demi melihat anaknya membesar di depan mata. Bagi beliau, stress menguruskan anak di rumah lebih ikhlas dan penuh kasih sayang, berbanding stress berada di pejabat orang dan menghabiskan usia dengan terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu pergi dan balik dari kerja. Segala dialog 'makan dalam' dan 'kejutan' yang berlaku antara mereka, dikumpul dan ditampilkan sebagai anekdot. Harapan beliau, semoga buku ini menjadi memori bertulis untuk tatapan anaknya apabila meningkat dewasa kelak.

 

Untuk para bapa dan pembaca, buku ini memberi panduan santai tentang bagaimana 'mengatasi' stres dalam menjaga anak perempuan yang sedang membesar. Kuncinya, bertabahlah! Keh keh keh.

ULASAN

 

Menjadi seorang yang bergelar ayah, bapak, daddy, papa atapun walid bukan suatu perkara yang mudah. Maklumlah melayan karenah anak - anak yang pelbagai ragamnya. Kalau tidak sabar, memang meletup jawabnya. Oleh itu, kaum - kaum bapa kena "take things cool". Kalau nak lawan api mesti kena pakai air. Tak jadi kalau nak pakai api juga.

Oleh itu, saya cadangkan bahawa setiap kaum bapa perlu membaca buku 99 Stress Free Daddy hasil tulisan Azzam Supardi. Buku ini memaparkan babak - babak yang 'sweet' antara seorang ayah dan anaknya. Buku ini juga merupakan jenis bahan bacaan yang ringan. Amat sesuai untuk kaum bapa baca semasa berehat seketika dari menguruskan hal anak - anak. Buku ini bukan sahaja mengandungi kisah - kisah yang 'sweet' sahaja malah boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk kaum bapa supaya tabah dalam menguruskan hal anak - anak.