Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Akidah Ahli Iman (Q13)

HARGA: RM15.00

Berat | 0.115kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789830977638
Qty
Penghantaran

Judul: Akidah Ahli Iman

Penulis: Dr. Ayman Al-Akiti 

Kategori: Fardu Ain

ISBN: 978-983-097-763-8

KOD: GB 0521

TEBAL: 80 ms

HARGA: RM15.00/ RM17.00
BERAT: 0.12 KG (120 gm)

 

SINOPSIS:

 

Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan (Akidah Ahli Iman Yang Dikarang untuk Mengajar Para Wanita dan Kanak-kanak). Ia antara kitab ilmu akidah yang masyhur khususnya di Maghribi.

 

Kitab ini mengandungi matan yang menerangkan tentang ketuhanan, kenabian, perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan tanda-tanda kiamat seperti terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s.

Ia menggunakan pendekatan ilmu akidah yang mudah dan dasar sahaja berpaksikan akidah Asy‘ariyyah yang merupakan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.



KANDUNGAN

-  Panduan Transliterasi

-  Mukadimah

-  Kata Pengantar

-  Biografi al-Sharif ‘Abd al-Qadir al-Fasi al-Fihri

-  Pengenalan kitab Akidah Ahli Iman

-  Ijazah Periwayatan Kitab Akidah Ahli Iman ‘Abd al-Qadir al-Fasi

-  ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan

Tentang Penulis:

Lahir dan membesar di Kuala Lumpur, beliau memulakan pendidikan sekolah rendahnya di SK Bukit Damansara. Ketika berumur 13 tahun, beliau mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kediri, Jawa Timur, beliau dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat selama 6 tahun. Pada masa itu, beliau juga aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail,sebuah forum muzakarah fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama.

Beliau menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri/STAIN (kini Institut Agama Islam Negeri atau IAIN) Kediri, peringkat Sarjana di Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama di Islam Barat dan seterusnya pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin. Ketiga-tiganya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama.

 

Di Maghribi, Dr. Ayman al-Akiti aktif mengajar mahasiswa mahasiswi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta‘lim dengan nama Pondok Jawi Maghribi yang bertempat di Sale, Maghribi. Dr. Ayman juga aktif membentang kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa di serata Maghribi, Nusantara dan Eropah.