Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OS) Apa itu Ilmu Hadis? (L138)

HARGA: RM9.00 - RM8.10

Berat | 0.100kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-5137-22-8
Qty
Penghantaran

Kita selalu mendengar orang menyampaikan hadis Nabi Muhammad. Kita biasa mendengar Rasulullah berkata begini, begitu dan sebagainya. Hampir setiap amalan disandarkan kepada Nabi Muhammad. Namun, adakah benarkah Nabi Muhammad berkata demikian? Buku Apa itu Ilmu Hadis? menerangkan cabang ilmu hadis yang perlu dipelajari bagi memahami konsep hadis sahih, hadis hasan, hadis daif dan sebagainya. Turut dimuatkan carta, susur galur pelapor hadis yang bersambung daripada Nabi Muhammad hingga kepada perekod sekarang.

Hasan Abu Bakar adalah guru yang mendapat Diploma Tahfiz (Al-Quran dan Qiraat) Darul Quran. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Mu'tah, Jordan.

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-22-8
Tarikh Terbit: 19 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 88

Berat (kg): 0.10

ULASAN:

 

Ilmu Hadis, atau nama lainnya Ulum Hadis dan Mustolah Hadis merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam agama Islam. Kepentingan ilmu ini adalah untuk menjaga dan memastikan kesahihan sesebuah hadis yang disampaikan dari seseorang. Tiga perkara teras yang dibincangkan didalam ilmu Hadis ialah Sanad, Matan dan Rawi. Ilmu ini hanya dapat diperolehi sekiranya seseorang itu menuntut dalam pengajian agama di masjid surau, sekolah agama dan universiti.

Berkenaan dengan buku "Apa Itu Ilmu Hadis?", buku ini diterbitkan dengan tujuan mempermudahkan pemahaman dan menangkis stigma masyarakat umum terutamanya kepada mereka yang menganggap cabang ilmu ini sukar untuk dipelajari, memeningkan dan ilmu ini istimewa hanya untuk yang mengambil pelajaran aliran agama. Menurut apa yang dikatakan didalam buku ini, Ilmu Hadis sepatutnya dipelajari dan difahami oleh setiap individu yang bergelar muslim.

Sememangnya dengan membaca buku ini memudahkan pemahaman berkenaan dengan ilmu Hadis kerana perbincangan disusun atur dari gambaran kasar mengenai ilmu Hadis sehingga aplikasi kesemua jenis hadis. Buku ini amatlah sesuai kepada semua individu terutama sekali yang beragama islam. Kepada sesiapa yang mengambil pengejian STAM dan khursus - khursus pengajian agama di universiti, buku ini adalah buku yang sepatutnya mereka miliki dan baca.