Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & COVID-19 (Bahagia 3) #(L6)

HARGA: RM36.00

Berat | 0.321kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789672456186
Qty
Penghantaran

Tajuk: Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & COVID-19 (Bahagia 1)
ISBN: 9789672456186
Penerbit: Nuha Books
Penulis: Kumpulan Penulis Nuha
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 206
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.321
Dimensi (cm): 22.9 x 15.2 x 1.2

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 18 Mac 2020, diikuti PKPB (Bersyarat), PKPD (Diperketat) di beberapa tempat berisiko tinggi kini PKPP (Pemulihan) sehingga 31 Mac 2021.

Mungkin ini peringatan dari-Nya kepada manusia untuk mendakap kehidupan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Sekelip mata, Tuhan seakan menarik nikmat yang diberi kepada manusia yang selama ini alpa akan kebesaran-Nya. Masyarakat mula mengerti bahawa tidak semua bala yang didatangkan Tuhan itu adalah sengsara semata-mata tapi terselit hadiah, anugerah dan hikmah-Nya yang harus disyukuri dan membahagiakan. Percayalah ada rahsia yang Dia sembunyikan untuk kita singkap dan mencarinya.

Naskhah ini menyelami sisi-sisi bahagia di sebalik kesedihan, kepedihan, kesengsaraan, kemuraman dan kebimbangan terhadap Covid-19 dari perspektif berbeza. Kita raikan pandangan mereka tentang wabak pandemik global ini yang bakal menjadi rujukan dan dokumentasi sejarah dunia untuk kita tinggalkan sebagai satu khazanah.