Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Apa Yang Aku Yakini (L7)

HARGA: RM40.00

Berat | 0.250kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-15201-3-0
Qty
Penghantaran

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 978-967-15201-3-0
Tarikh Terbit:  2017
Jumlah Muka Surat: 138

Berat (Kg): 0.25
Penulis: Tariq Ramadan
Terjemahan : Ahmad Nabil Amir 
Terjemahan buku ‘What I Believe’ yang dinamai Apa Yang Saya Yakini oleh Tariq Ramadan, berjaya memaparkan kepada umum khasnya golongan yang skeptik serta penentang gagasan ‘Multiculturalisme’ atau kehidupan harmoni antara agama-budaya, bahawa keyakinan agama seseorang bukan penghalang buatnya, selaku warganegara yang komited.

Naratif yang terhimpun dan tertonjol daripada buku ini serentak mampu dijadikan ‘reference‘ atau rujukan pelbagai pihak. Ia adalah pencerahan dari pengalaman yang luas serta penyerlahan penghayatan tujuan agama yang mendalam. Natijahnya maka terungkai pelbagai persoalan penting dan rumit kehidupan ketika warga ini bermastautin akibat emigrasi dalam kehidupan era pasca-integrasi.

Fikiran dan idea intelektual awam tersohor yang ini akan pembaca dapati, kerap memecah pelbagai kebuntuan ketika berdepan tuntutan modeniti Barat seumpama isu gender dan kebebasan beragama yang juga kerap bertembung secara bersilang atau mutually exclusive, seolah-olah tidak memungkinkan ‘kehidupan bersama’ atau peaceful co-existence, antara agama dan budaya.

Keberanian serta kelantangan tokoh pemikir ini yang mengambil laluan dan posisi yang tidak konvensional serta  cukup berani menerokai laluan sukar atauunchartered path, meletakkan beliau acapkali juga ditentang dan dihalang daripada melebarkan idea dan keyakinannya. Justeru tidak hairan dunia akademia Barat melabel Tariq Ramadan juga sebagai ‘a controversial intellectual’, yang didakwa melakukan kesalahan ‘double-speak’ dan tidak konsisten.

Hal ini mungkin sahaja terbit kerana wacana atau ‘discourse‘ beliau mengambil perhitungan konteks realiti secara mendalam, setelah berusaha meletakkan aspek ketepatan dan kebenaran sesuatu ‘event‘ sejarah atau kepentingan ‘historicity‘. Obsesi beliau juga adalah meletakkan Islam sentiasa releven dan penting dalam wacana membangunkan tamadun manusia seluruhnya. Serentak ini menyerlahkan disiplin dan jalur pemikirannya yang sentiasa bersifat responsif, inklusif, progresif, reformis serta transformis, sementara beliau mahu melayani serta berusaha berpijak di atas landasan turath yang tradisional.

Ya, dari segi itu, beliau bukan sahaja kontroversial di dunia Barat, bahkan juga di kalangan golongan lslam yang mengamalkan agama secara literalis dan ‘kaku’ dalam memahami nusūs atau teks. Umum mengakui, selaku ‘A Global Thinker’beliau mempunyai ‘pendukung’ yang ramai seantero dunia. Justeru, ada yang menanggapi untuk kekal popular, Tariq Ramadan sengaja mengundang kontroversi. Pun begitu, yang jelas beliau tidak gentar dengan kontrovesi, bahkan terus ‘hidup’ atau ‘thrive‘ dengannya. Buku ini adalah contoh testimoni kebenaran itu.