Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

As-Syamail Al-Muhammadiah: Edisi Millenia (L179, BL125)

HARGA: RM38.00

Berat | 0.670kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-481-322-2
Qty
Penghantaran


Format: Flexi Bind
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-896-9
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat:486
Berat (Kg): 0.79
Penulis: Imam At-Tirmidzi

*Edisi Kemaskini (Harga Ekonomi)

Daripada penterjemah:

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

  • Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
  • Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
  • Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
  • Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
  • Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
  • Syeikh Prof. Dr, Ali Jum'ah
  • Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
  • Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
  • Syeikh Dr. Ahmad Yusri
  • Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
  • Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
  • Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî.

 

Review

Buku terbaik sepanjang zaman dengan nilai ekonomi.