Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!
Membaca mengenai Rasulullah SAW bukan sekadar memahami sejarah kelahiran dan perjalanan kehidupannya sahaja malah perlu juga untuk kita melazimi apa yang diucapkannya dan perbuatannya agar kita boleh mengamalkannya dalam kehidupan hari ini.
As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah satu bahan bacaan wajib untuk kita kenal dan memahami sifat keperibadian Rasulullah SAW semasa hayatnya melalui hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam buku ini.
Menunaikan hak Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk percaya akan perkataan, perbuatan dan segala yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meletakkan kedudukan Rasulullah di tempat yang sewajarnya.
Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 80 yang bermaksud,
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
*Edisi Kemaskini (Harga Ekonomi)
Daripada penterjemah:
Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.
Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.
Mereka itu di antaranya:
Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.
"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.
Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.
al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî.
Review
Buku terbaik sepanjang zaman dengan nilai ekonomi.