Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Celik Muamalah (L31)

HARGA: RM35.00

Berat | 0.602kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789675128462
Qty
Penghantaran

Format: Art Paper
ISBN-13: 9789675128462
Tahun Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 308

Berat (Kg): 0.602 kg
Penulis : Abdul Aziz Ismail
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
 
Sinopsis 

Persoalan berkenaan muamalah sentiasa timbul di tengah-tengah masyarakat kerana ia berkembang sesuai dengan perkembangan peradaban umat manusia itu sendiri. Menerusi buku Celik Muamalah, pembaca dapat mengetahui dan mendalami akan hukum-hukum mengenai urusan muamalah di sebalik penetapan hukum, sebab, sumber hubung kaitnya dengan objektif syariat Islam secara umum. Ini bagi memastikan hukum yang diputuskan dapat disesuaikan dengan permasalahan baharu yang timbul.

Kandungan Celik Muamalah ini mencakupi hukum-hukum syarak yang disusun bagi mengatur urusan sesama manusia di dunia, sama ada yang berkaitan dengan harta, pengurusan kewangan, hutang, pelaburan, jual beli, takaful, wakaf dan lain-lain. Penerangan dikuatkan dengan nas al-Quran dan al-Hadis yang sohih serta dihuraikan dengan cara yang menarik.

Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalah Islam yang menjadi asas kepada pembangunan kewangan dan ekonomi Islam yang halal dan patuh syariah. Buku ini juga mampu memberi sumbangan positif kepada khalayak umum untuk memahami hukum syarak di dalam bidang muamalah dan seterusnya menjadi bahan rujukan berguna. 

Pengertian Fiqah dan Muamalat

Fiqah

Fiqah dari sudut bahasa bermaksud faham, tahu dan pintar. Maksudnya mengetahui sesuatu perkara secara mendalam sehingga ke peringkat dasar. 

Muamalat

Muamalat dari segi Bahasa Arab berasal dari kata jamak iaitu muamalah yang bermaksud urus niaga.

 

Allah SWT ada menyebut di dalam al-Quran mengenai perbuatan manusia;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." 

(Surah al-Baqarah:277)

 

(Sumber maklumat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)