Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

D Macam Dajal (L87)

HARGA: RM10.00

Berat | 0.133kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-2040-38-5
Qty
Penghantaran

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-204-038-5
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 117
Berat (Kg): 0.133
Penulis: Haryani Kamilan & Azanil Fitri
 
SINOPSIS

Dajal, makhluk perosak akhir zaman yang tugasnya menghasut manusia melakukan kejahatan. Maka manusia yang terdorong melakukan kejahatan juga tidak ada bezanya dengan Dajal.

Ini adalah kisah lima sahabat yang punya perangai kejam yang amat. Mereka digelar Senior Dajal yang membuli tanpa belas, semata-mata untuk menunjukkan kuasa. Mereka senior jadi semua orang dipaksa tunduk hormat. Siapa melawan, akibat yang menanti teramat berat.

Langsung menikus para junior, takut menjadi mangsa. Semuanya wajib dituruti, jangan sesekali dikhianati. Bilik Zaaba menjadi saksi, setiap perbuatan keji yang keterlaluan. Si junior mula menyimpan dendam. 

Kezaliman Senior Dajal mesti ditentang. Lalu kini,buku bertemu ruas. Senior Dajal menerima hukuman tidak terjangka dek akal. Hukuman yang membawa pengajaran besar buat mereka tetapi sudah terlambat untuk disesalkan.

Selamat datang ke Bilik Zaaba, Bilik Neraka!

ISI KANDUNGAN

 

PROLOG

1: SENIOR DAJAL

2: KAPUR MUKA

3: DENDAM

4: BASUH BAJU

5: DAYANG ASRAMA

6: TUKANG URUT

7: RAHSIA TERBONGKAR

8: PEMBALASAN DAJAL

9: DAJAL BARU

DI SEBALIK TABIR HARYANI KAMILAN

DI SEBALIK TABIR AZANIL FITRI

 

ULASAN

Buli adalah suatu gejala buruk yang serius dikalangan pelajar seluruh dunia. Mungkin ada diantara kita tidak pernah mengalami babak-babak dibuli sepanjang hidup. Namun apa yang pasti sudah ramai yang sama ada menyaksikan perbuatan buli, menjadi mangsa buli dan ada juga yang pernah menjadi pembuli. Masalah ini seolah - olah sesuatu gejala yang boleh dianggap sebagai semulajadi yang sentiasa akan wujud didalam ekosistem persekolahan. Tetapi itu bukanlah sebab untuk mana-mana pihak yang tahu kesan kemusnahan angkara buli melepaskan tangan mereka dan membiarkan perkara ini berlarutan selama-lamanya. Pembuli, adalah golongan yang WAJIB di HUKUM!

Apa kaitannya dengan buku "D Macam Dajal"? Untuk makluman kepada yang belum membaca, penulisan novel ini mengetengahkan isu dan subjek buli. Gaya dan perjalanan cerita yang disampaikan didalam novel ini sedikit sebanyak berjaya memberi gambaran bagaimana "rupa" buli itu sendiri. Daripada penderaan fizikal hingga mental, semuanya diltanggung oleh watak - watak pelajar junior di dalam novel ini terutamanya pada watak Isa yang merupakan protagonis dalam novel ini. Jika ingin tahu kesengsaraan yang bagaimana dihadapi oleh Isa, kenalah dapatkan buku ini dan baca sendiri.

Cuma ada sedikit perkara yang pengulas rasa agak kurang memuaskan. Semasa babak pembalasan semula terhadap pembuli - pembuli. Ianya agak sekejap sahaja berbanding dengan babak - babak pembulian yang sebelumnya. Pada babak ini, pengulas mula-mula rasa, "ini adalah babak-babak yang orang kata sweet revenge. Mesti puas ni!" tetapi perasaan tersebut tercantas dek kelakuan protagonis dalam novel ini. Nak tahu? Kena beli dan baca sendiri. Tambahan pula, latarbelakang sekolah dan asrama ada sedikit kekurangan seperti tiada senior lain yang bersimpati dengan junior yang dibuli. Senior yang menjadi background character nampak kurang hidup dan memberi impak kepada jalan cerita. Harap maklum yang bahagian ini hanya pendapat peribadi pengulas.

Secara keseluruhannya, jalan ceritanya masih menarik dan gaya penulisan novelis mampu membuat pengulas rasa benci pada watak - watak pembuli didalam novel ini. Ini adalah suatu trait yang hebat kerana dengan menulis sahaja, boleh buat yang membaca itu terkesan dengan penceritaan tersebut dan mampu mencetuskan pembuakan emosi. Sebab itu, pengulas ada sebutkan mengenai perasaan sweet revenge sebentar tadi. Tatabahasa pun teratur dan isu yang diketengahkan pun berkaitan dengan pelajar - pelajar sekolah. Maka, amatlah sesuai novel ini dibaca oleh golongan pelajar. Mesej yang disampaikan pun sampai dan padu. Siapa sangka frasa "kill them with kindness" membentuk sebagai penamat cerita ini. 

-sumber: H2413