Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Dari Bangi ke Seoul (L32)

HARGA: RM39.00

Berat | 0.720kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789671518267
Qty
Penghantaran

Buku ini merakamkan detik yang menyayat hati lagi bermakna dalam sejarah keluarga penulis yang dipadukan dengan pengalamannya bersama IIIT dalam penyebaran integrasi ilmu. Tragedi yang berlaku di Seoul, Korea membawa kepada penulisan buku ini. Ia turut merakam secara ringkas sejarah islam di Korea sebagai latar belakang peristiwa yang dialami oleh penulis. Peristiwa ini benar-benar menyentuh hati dan perasaan beliau dan banyak mempengaruhi pemikirannya selepas itu. Penulis rakamkan peristiwa ini sebagai kenangan abadi serta renungan para pembaca sekiranya dalam kisah tersebut terdapat sedikit pelajaran untuk renungan bersama.

Penulis juga mencatatkan perjalanan dakwah ilmiahnya ke serata pelosok negara bagi memperkenalkan integrasi ilmu islam yang menghubungjalinkan subjek akademik dengan agama, sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam pendidikan hari ini. Pengalaman menyampaikan kuliah dalam pelbagai tajuk yang sukar dan kontroversi mengundang pelbagai reaksi daripada pendengar.Penulis juga berkongsi sebahagian kandungan kuliahnya di dalam buku ini, antaranya:

  • Epistemologi Falsafah
  • Prinsip Ketersebaban: Barat dan Timur
  • Tawhid sebagai Asas Paradigma
  • Syeikh Ahmad al-Fathoni, Tokoh Perjuangan
  • Syeikh Arsyad al-Banjari, Tokoh Integrasi Ilmu Melayu
  • Pemurnian Sejarah
  • Tauhid saintifik