Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Diari Ahli Syurga: Syurga Didamba, Layakkan Aku Menghuninya? # (L88)

HARGA: RM12.00

Berat | 0.150kg
  • Kuantiti: 8
  • Produk SKU: 9789671621783
Qty
Penghantaran

Tajuk: Diari Ahli Syurga: Syurga Didamba, Layakkan Aku Menghuninya?
ISBN: 9789671621783
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Zaki Zainal & The Typewriter
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 115
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.6cm
 
SINOPSIS
 
Jumaat, 1 Januari…

Tatkala ramai teruja menyenaraikan azam tahun baru, aku pula mencatat segala kemungkinan yang mesti dibuat… sebaik doktor memberitahu, kanser sudah merebak ke tahap empat!

“Pada peringkat ini, kami nasihatkan pesakit bersedia dari segi persiapan wasiat. Sebarang perancangan bolehlah disegerakan. Sebab jangkaan hayat puan mungkin dalam masa 3 bulan sahaja.”

Allah! Jantung meluruh! Doktor itu memberitahu berita paling buruk sepanjang hidupku. Itulah jangkaan… malaikat maut akan menjemput.

“Tiga bulan? 90 hari?”

“Ya… analisa kesihatan puan menunjukkan sel kanser memang sudah merebak ke darah. Jadi segerakanlah segala urusan dunia. Sebab fasa seterusnya, umum lumrah manusia biasa… kematian menanti kita.”

Aku terpempan. Aku terkesima. Countdown. Perkiraan 90 hari menemui ajal kini bermula!

Selepas kematian, aku dambakan jadi ahli syurga yang lantainya berkerikil mutiara. Bau wanginya dapat dihidu hingga 1000 tahun jauhnya. Binaan emas dan perak, terlalu mewah melebihi istana. Sungainya madu, susu dan khamar. Khemahnya mutiara yang setinggi 60 hasta.

Aku sungguh mahu jadi ahli syurga, namun layakkah diri ini bermastautin di sana?