Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Dukun Iblis # (L45)

HARGA: RM27.90

Berat | 0.310kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789672394242
Qty
Penghantaran

Tajuk: DUKUN IBLIS #
ISBN:9789672394242 
Penerbit: Karya Publika 
Penulis: Lyla, Zaifu Zaman Ahmad, Janne Ain 
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 380
Halaman: softcover
Format: Hitam Putih 
Berat (kg): 0.310
Dimensi (cm): 18.4cm x 11.5cm x 1.7cm 
 
SINOPSIS
 
GIMBARAN ATUK AKU - JANNE AIN Tok Mading adalah seorang lelaki tua, datuk saudara kepada Jack. Menurut cerita dari sanak-saudara yang didengar oleh Jack, datuk saudara mereka ini adalah seorang dukun yang ada membela gimbaran atau pendamping. Mempunyai gimbaran atau tidak, Jack tidak peduli kerana yang lebih penting ialah dia agak rapat dengan Tok Mading sehingga mahu menjadi pewaris kepada gimbaran datuknya itu. Namun sesuatu telah terjadi sehingga melumpuhkan semangat Jack untuk terus menjadi pewaris kepada gimbaran datuknya. Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Jack sehingga dia kelihatan begitu takut sekali dan terus menolak untuk menjadi pewaris kepada gimbaran datuknya yang dulu amat diimpikan oleh Jack? KAKAKKU SEORANG DUKUN - JANNE AIN Nissa yang mengetahui sesuatu tentang Kak Liah terus pulang ke kampung kerana tidak mahu bersubahat dengan kakak keduanya itu. Apabila ditanya oleh Kak Sue yang merupakan kakak sulungnya, Nissa hanya memberi alasan yang mereka bergaduh gara-gara status Nissa di laman muka buku. Jauh di sudut hati Nissa, dia mengetahui bahawa Kak Liah telah melakukan sesuatu yang buruk kepada bekas suaminya dan mungkin juga kepada Nissa sendiri kerana Nissa mengalami sesuatu yang langsung lidak pernah diduga. Apakah rahsia yang diketahui Nissa tentang Kak Liah sehingga membawa dia pulang ke kampung dari terus menetap di rumah Kak Liah.