Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Hebatnya Bangun Awal Pagi (L150)

HARGA: RM12.00 - RM10.80

Berat | 0.150kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-411-250-9
Qty
Penghantaran

Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5"
ISBN-13: 978-967-411-250-9
Tarikh Terbit: 24 Jul 2014
Jumlah Muka Surat : 152
Berat (kg): 0.15
Penulis: Muhammad Suhadi
 
 

SINOPSIS

Hikmah berpagi-pagian cukup banyak kepada siapa yang melaziminya. Apabila kita memulakan hari pada awal pagi, bermula dengan qiamullail, solat subuh, kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti harian yang lain, kehidupan kita lebih tersusun dan tenang. Berbanding dengan orang yang bangun lambat, bukan sahaja meninggalkan solat subuh, malah turut terlepas melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan. Alangkah rugi.  

 

REVIEW

Sering kali kita leka dengan penggunaan masa dalam kehidupan seharian. Namun begitu, masih ada peluang untuk mengubah cara hidup ini. Segalanya bermula apabila bangun awal pagi menjadi satu kebiasaan dalam hidup.

Masyarakat Islam pada hari ini sangat suka menghabiskan masa mereka dengan tidur yang berlebihan. Mereka lebih gemar untuk tidur selepas subuh sehingga tengah hari sedangkan mereka tidak tahu bahawa apabila bangun awal pagi, ia adalah rahsia manusia berjaya dunia dan akhirat.

Hebatnya Bangun Awal Pagi adalah kupasan menarik tentang pelbagai hikmah bagi individu yang bangun awal pagi. Antara isi kandungan menarik yang disingkap di dalam buku ini adalah kelebihan bangun awal pagi, kebaikan bangun awal pagi daripada sudut kesihatan, beberapa penyebab mengapa orang susah bangun pagi, tip-tip mudah bangun awal pagi, amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika bangun awal pagi, dan juga kebiasaan buruk yang tidak wajar dilakukan pada waktu pagi.

Sudah tentu kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini dapat memberi para pembaca manfaat dan panduan untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t. memberkati umat Islam pada waktu pagi.

 

ISI KANDUNGAN

Bab 1: Mengapa kita harus bangun pagi?

Pertama: Meraih keuntungan dunia

Kedua: Tanda kekukuhan iman

Ketiga: Meraih kebahagiaan dunia dan akhirat

Keempat: Memburu saat istimewa

Kelima: Pintu rezeki lebih luas

Keenam: Supaya tidak terburu-buru

Ketujuh: Mencuri permulaan kehidupan

 

Bab 2: Terapi Kesihatan dengan Bangun Pagi

Pertama: Mencegah penyakit berbahaya

  • Tips Sihat Ala Nabi Muhammad s.a.w

Kedua: Udara masih bersih

Ketiga: Sihat jasmani dan rohani

Keempat: Tenaga cahaya matahari

 

Bab 3: Penghalang Bangun Pagi

Pertama: Banyak makan dan minum

Kedua: Lemahnya motivasi

Ketiga: Terlalu penat bekerja di siang hari

Keempat: Membuat maksiat di siang hari

Kelima: Berjaga sepanjang malam

Kelima: Mengambil makanan dan minuman haram

 

Bab 4: Cara Mudah Bangun Pagi

  1. Tanamkan ikhlas dalam hati

  2. Tekad yang kuat

  3. Jauhi perbuatan maksiat

  4. Luangkan waktu tidur siang

  • Tidur Siang dalam Tinjauan Kesihatan

  1. Mematuhi aturan tidur dalam Islam

  • Aturan tidur dalam Islam

  1. Tidur lebih awal

  2. Tidur dalam keadaan suci

  3. Berdoa sebelum tidur

  1. Mengunci jam loceng

 

Bab 5: 7 Amalan Dahsyat di Pagi Hari

Pertama: Bangun lebih awal

Kedua: Mengambil wuduk

  • Wuduk menjaga kesihatan

  • Wuduk mencegah kanser kulit

  • Wuduk dapat mengurangkan tekanan emosi

Ketiga: Solat tahajud

  • Keutamaan solat tahajud

  1. Meninggikan darjah keutamaan

  2. Disebut Allah s.w.t sebagai muhsinin dan layak mendapatkan kebaikan daripada-Nya. 

  3. Mendapat pujian daripada Allah s.w.t

  4. Menyebabkan masuk syurga

  • Faedah solat tahajud untuk kesihatan

Keempat: Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh

Kelima: Solat subuh berjemaah

Keenam: Membaca doa di pagi hari

  • Doa dan zikir Pagi Hari

Ketujuh: Solat Dhuha

  • Keistimewaan solat Dhuha

 

Bab 6: Amalan Buruk yang Harus Dihindari

Pertama: Tidur pada waktu pagi

  • Akibat tidur pagi

  1. Hilang keberkatan waktu pagi

  2. Lewat menunaikan solat subuh

  3. Berlawanan dengan kebiasaan para salafussoleh

  • Kebiasaan Nabi Muhammad s.a.w pada waktu pagi

  • Kebiasaan Ibnu Mas’ud pada waktu pagi

  • Kebiasaan Ibnu Taimiyah pada waktu pagi

  1. Terhalang daripada rezeki

Kedua: Melalaikan hak Allah s.w.t

Ketiga: Solat subuh pada waktu Dhuha

Keempat: Berjaga malam yang tidak perlu

  • Beberapa penyakit akibat sering berjaga malam

  1. Konsentrasi Menurun

  2. Masalah Kesihatan Serius

  3. Ghairah Seks Menurun

  4. Menyebabkan Kemurungan

  5. Mempengaruhi Kesihatan Kulit

  6. Pelupa

  7. Tubuh Menjadi Bengkak

  8. Meningkatkan Risiko Kematian

  9. Merosak Penilaian Terutama Tentang Tidur

 

Penutup

Bibliografi