Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

KOMBO SIRI KRONIKA NASHAN (AHMAD PATRIA)

HARGA: RM118.00

Berat | 1.77kg
  • Kuantiti:
  • Produk SKU: kombo-siri-kronika-nashan
Qty
Penghantaran

Siri Kronika Nashan merupakan sebuah alam epik fantasi yang sama dengan Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah.

Nashan, sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora yang kini diperintah oleh Melyn, puteri dan Aristokra terakhir. Kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.

Dengan kemunculan senjata legenda Spiara Bulwar, mereka berusaha untuk menumbangkan pahlawan adi Sursis yang tiada tandingan di medan perang.

Kegagahan Sursis walau bagaimanapun akhirnya tumpas dan Melyn berjaya memenanginya dengan bantuan keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori kesatria dari Armorikus serta Shirgen pembesar kanan Nashan.

Namun ancaman terhadap kota Nashan belum tamat. Munculnya konspirasi yang lebih luas dan mendalam didalangi oleh Orde Morduwizra dari Toar Magzul.

Melyn juga berhadapan dilema kerana Denzir, Aristokra Dashan mahu melamarnya. Dia terpaksa memilih antara dua hati dalam keadaan yang semakin bergolak akibat kemunculan Otonar, kizar Nomad yang melanggar Kushan dari utara.

Apakah nasib Melyn? Dan bagaimana masa depan kotanya juga?