Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Komik Gaza MINI #7: Saat Bermulanya Langkah Melindungi Palestin #(BL25,L26)

HARGA: RM15.00

Berat | 0.220kg
  • Kuantiti: 52
  • Produk SKU: 9789672459262
Qty
Penghantaran

Tajuk: Komik Gaza MINI #7: Saat Bermulanya Langkah Melindungi Palestin 
ISBN: 9789672459262
Penerbit: Iman Publcations
Penulis: IF Moses
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 175
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.22
Dimensi (cm): 21 cm x 15 cm x 0.9 cm
 
 
SINOPSIS
 
 
 

“Hebron akan lindungi Abang Gaza sampai syahid. Sebab Hebron sayang Abang Gaza… kerana Allah!”

Hebron terus berdiri di antara Gaza dan jentera besar yang memecut laju di hadapannya.

“HEBRON, KE TEPI!!!”

***

Sejak penjajahan British ke atas Palestin, berbondong-bondong Yahudi Zionis memasuki tanah itu.

Kumpulan militan Yahudi Zionis mula muncul; merampas rumah dan tanah rakyat.

Rakyat mula bangkit dan menentang kezaliman Zionis – demi melindungi Palestin!

Apabila Gaza dapat tahu Ulza bersama Jerusalem memilih untuk berjuang, Gaza memilih untuk tidak bersama kerana masih berdendam dengan Ulza.

Bagi Gaza, dia harus melindungi keluarganya – itu yang utama.

Namun, bolehkah Gaza melindungi keluarganya tanpa melindungi Palestin?

Apabila keluarga Gaza diserang berkali-kali oleh Yahudi Zionis, mampukah Gaza menyelamatkan mereka? 

 

Dapatkan Komik Gaza Mini 7 sekarang untuk mengetahui kisah lanjut tentang Gaza.