Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Komik Tiada Yang Mustahil (L130,BL129)

HARGA: RM10.00

Berat | 0.100kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789830978970
Qty
Penghantaran

Terdiri daripada empat buah komik tarbiah, yang menghimpunkan pelbagai tema seperti alam persekolahan, persahabatan, percintaan dan kekeluargaan.

 

   Komik Bulan berlatarbelakangkan alam persekolahan, manakala Mencari Ilahi berkenaan dua orang insan yang bagaimana mungkin menjadi sahabat jika tidak sependapat.

 

  Komik Ikhlas pula membawa kisah seorang ibu dengan anak perempuannya dan Sang Penyeru menyelitkan kisah dakwah seperti dakwah para nabi terdahulu. Semua komik ini diadaptasi daripada kumpulan cerpen MATAHARI karya Hilal Asyraf.

Tentang Penulis

SYAHROLNIZAM

Pemilik kepada nama sebenar Syahrolnizam Yussoff ini telah mengambil kursus 3D Animasi Teknologi di Giatmara, Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Komik ini merupakan karya pertama beliau di bawah Komik Puris selain kolaborasi beliau bersama Hilal Asyraf.

          Menjalankan perniagaan sampingan dengan mengambil tempahan lukisan potret dan seni reka kreatif selain pekerjaan tetap di sebuah kilang di Kukup, Pontian, Johor.

  

HILAL ASYRAF

Seorang penulis yang prolifik. Bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., beliau telah menghasilkan lebih daripada 10 buah buku.

 

   Mari Menjadi Hamba merupakan buku pertama beliau di bawah Buku Puris. Manakala di bawah Komik Puris, komik ini adalah adaptasi daripada karya beliau sendiri iaitu Kumpulan Cerpen Matahari.