Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Krisis Kemanusiaan Dan Peranan Al-Quran Sebagai Penyelamat #(L43)

HARGA: RM30.00

Berat | 0.228kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-11782-9-4
Qty
Penghantaran

Format: Paperback
ISBN: 978-967-11782-9-4
Jumlah Muka Surat: 118
Berat (Kg): 0.228
 
SYNOPSIS
 

Al-Qur’ān adalah mukjizat yang tidak akan terhenti keajaibannya, yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar kita Muhammad ṣallAllāhu ‘alaihi wa sallam kepada kita umat akhir zaman. Ia mempunyai formula rawatan Rabbānī yang perlu digali oleh umat ini.

Umat ini menghadapi pelbagai krisis – intelektual, kebudayaan, ketamadunan, etc – akibat terkebelakang dalam menjadikan al-Qur’ān sebagai pedoman. Akibatnya umat ini tiada jati diri, terumbang ambing, berkrisis dan sebagainya. Shaykh Dr.Ṭāha Jābir al-‘Alwānī menyebut bahawa jalan keluar daripada krisis adalah dengan kembali kepada al-Qur’ān, dan mendaki semula kemuncak kemuliaannya berpandukan cara hidup Rasulullah ṣallAllāh ‘alaihi wa sallam apabila berhadapan dengan intipati al-Qur’ān.

Inilah satu-satunya pedoman yang benar lagi pasti berbanding dengan rujukan lain, kerana sifatnya yang memberi saranan bersifat universal, lengkap dengan tatacara Sharī‘at yang suci, serta mampu mengangkat martabat manusia dengan menghalalkan bagi mereka perkara-perkara yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang kotor. Ia penghapus beban-beban dan belenggu-belenggu di pundak mereka. Ia rahmat pada seluruh alam, memudahkan manusia menuju hari Pembalasan.

Al-Qur’ān menguasai semua kitab terdahulu dengan sifatnya sebagai kitab penamat, menguasai semua perkara pada masa hadapan dengan sifatnya yang mutlak dan bijaksana, dan turut membenarkan perkara-perkara yang memusuhinya dengan sifat syumul dan merangkumi semua perkara.

Karya yang diterjemahkan ini adalah satu renungan tajam daripada seorang ulama yang amat disegani, iaitu Shaykh Dr.Ṭāha Jābir al-‘Alwānī, seorang ahli di dalam bidang al-Qur’ān, di mana beliau menjadikan al-Qur’ān sebagai penawar dalam membawa umat ini keluar daripada krisis kemanusiaan.