Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu # (L13)

HARGA: RM45.00

Berat | 0.415kg
  • Kuantiti: 14
  • Produk SKU: 9789670067025
Qty
Penghantaran

Tajuk: Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu
ISBN:9789670067025
Penerbit:ILHAM Press
Penulis: Firdaus Zainal
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 362
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg): 0.415kg
Dimensi (cm):20.5cmx13.5cmx2.0cm

Megalothymia jika disandarkan pada definisi yang diutarakan oleh para sarjana terdahulu ialah keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih tinggi. Manusia begitu mendambakan pengiktirafan daripada orang lain sehingga melibatkan soal maruah dan mereka sanggup mati untuk mempertahankannya.

Ketuanan Melayu ditakrifkan sebagai satu kepercayaan orang Melayu bahawa mereka merupakan ‘tuan’ di Malaysia secara kolektif. Ketuanan Melayu ini dianggap penyelamat bagi orang Melayu untuk terus bermain di arena pentadbiran, malah kini menjadi alat politik bagi segelintir parti politik dan ahlinya. Mempertahankan Ketuanan Melayu dianggap sebagai jihad oleh sesetengah kumpulan demi melindungi kedaulatan Melayu Islam.

Adakah Ketuanan Melayu ini sekadar menjadi laungan bangsanya tetapi masih menjadi orang bawahan di tanah sendiri, menerima arahan menjadi kuli atau sentiasa menuding jari dengan menyalahkan penjajah atas kesan jurang pemisahan kasta sosial? 

MEGALOTHYMIA POLITIK KETUANAN MELAYU menjadi makalah penulis menghimpunkan kupasan-kupasan sejarah dan kajian fakta dalam usaha menyegarkan kembali konsep Ketuanan Melayu dalam tanah air. Penulis menggaulkan konsep Megalothymia dengan Ketuanan Melayu, lalu menghasilkan bibit-bibit persoalan sama ada Ketuanan Melayu ini melahirkan bangsa berjaya atau hanya membawa kecelakaan.