Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

METANOIA (Q16)

HARGA: RM18.00

Berat | 0.107kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789672250432
Qty
Penghantaran

Metanoia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'satu perjalanan mengubah minda seseorang, hati, diri, atau cara hidup'.

Seorang lelaki kaya membawa anaknya berjalan di sebuah perkampungan orang miskin bagi menunjukkan betapa kaya dan banyaknya harta mereka.

Dan perjalanan itu telah mengubah anaknya.

Di penghujung kampung, sang ayah bertanya kepada anaknya,"Sudahkah kamu melihat betapa miskinnya perkampungan ini?"

Lalu si anak menjawab, "Wahai ayah, terima kasih...kerana sudah menunjukkan betapa miskinnya kita ini berbanding mereka."

Antara petikan daripada buku Metanoia ini. Selain tulisan motivasi, penulis juga menyelitkan beberapa tulisan anekdot  berdasarkan coretan pengalaman kehidupan penulis, yang disebaliknya ada nilai positif atau pengajaran yang boleh diambil sebagai teladan. Buku ini ditulis dalam bahasa yang santai dan mudah difahami, sesuai untuk semua peringkat umur.