Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Money Master The Game: Edisi Bahasa Melayu (Hard Cover) (L178)

HARGA: RM100.00

Berat | 1.368kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-411-962-1
Qty
Penghantaran

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-411-962-1
Terbitan: April 2018
Jumlah Muka Surat : 968

 

SINOPSIS

 

Buku ini sebenarnya tidak memperkatakan tentang wang, ia menceritakan bagaimana hendak mencipta kehidupan yang kita inginkan. Sebahagian daripadanya memperkatakan tentang membuat keputusan terhadap peranan wang yang kita mahu dalam kehidupan masing-masing. Kita semua memiliki wang dalam kehidupan, apa yang penting adalah kita tidak membiarkan wang itu menguasai kita. Barulah kita bebas untuk menjalani kehidupan sebagaimana yang kita inginkan.

ISI KANDUNGAN

 

Prakata

Pengenalan

 

BAHAGIAN 1

Selamat Datang ke Belantara: Perjalanannya Bermula dengan Langkah Pertama Ini

Kita! Kehidupan Kita! Bertindaklah Mengawalnya

7 Langkah Mudah ke Arah Kebebasan Kewangan: Cipta Pendapatan Seumur Hidup

Manfaatkan Kuasa Itu: Buatlah Keputusan Kewangan Terpenting Dalam Kehidupan Kita

Kuasai Wang: Tiba Masanya untuk Mencipta Kejayaan 

 

BAHAGIAN 2

Menjadi Orang Dalam: Memahami Peraturan Sebelum Melibatkan Diri Dalam Permainan Itu

Bebaskan Diri: puskan 9 Mitos Kewangan Itu

Mitos 1: Penipuan Berjumlah Usd13 Trilion: Melaburlah Dengan Kami. Keuntungan Yang Kami Tawarkan Lebih Tinggi Daripada Pasaran!”

 Mitos 2: “Bayaran Yang Kami Kenakan? Rendah Sahaja!”

Mitos 3: “Pulangan Kami? Apa Yang Tertera Itulah Yang Bakal Tuan Puan Peroleh”

Mitos 4: “Saya Adalah Broker Tuan, Tugas Saya Adalah Membantu Tuan”

Mitos 5: “Persaraan Kita Hanyalah Pelan 401(K) Yang Sudah Tersedia”

Mitos 6: Dana Amanah Bertempoh atau Target-Date Funds: “Tetapkan Tempoh dan Lupakan Tentangnya”

Mitos 7: “Saya Tidak Sukakan Anuiti, Pembaca Juga Patut Buat Begitu”

Mitos 8: “Kita Perlu Mengambil Risiko Yang Besar Bagi Memperoleh Ganjaran Yang Setimpal!

Mitos 9: “Pembohongan Yang Kita Ceritakan Kepada Diri Sendiri”

 

BAHAGIAN 3

Apakah Harga Impian Pembaca? Jadikan Permainan Itu Sesuatu Yang Mampu Dimenangi

Apakah Harga Impian Pembaca? Jadikan Permainan Itu Sesuatu Yang Mampu Dimenangi

Apakah Perancangan Kita?

Percepatkannya: Jimatkan Banyak Lagi Kemudian Laburkan Lebihan Itu

Percepatkannya: Tambahkan Perolehan Kemudian Laburkan Lebihan Itu

Percepatkannya: Kurangkan Caj Dan Cukai Yang Dibayar (Kemudian Laburkan Lebihan Itu)

Percepatkannya: Dapatkan Pulangan Yang Lebih Baik Dan Percepatkan Usaha Kita Menuju Kejayaan

Percepatkannya: Ubah Kehidupan Dan Gaya Hidup Kita Kepada Yang Lebih Baik

 

BAHAGIAN 4

Buatlah Keputusan Pelaburan Yang Paling Penting Dalam Kehidupan Kita

Senarai Baldi Yang Muktamad: Perumpukan Aset

Bermain Untuk Menang: Baldi Risiko / Pertumbuhan

Baldi Impian

Betulkah Penentuan Masa Adalah Segala-Galanya?

 

BAHAGIAN 5

Peningkatan Nilai Pelaburan Tanpa Risiko: Cipta Satu Pelan Pendapatan Seumur Hidup

Tidak Terkalahkan, Tidak Terkaramkan, Tidak Tertawankan: Strategi Sepanjang Musim

Tiba Masanya Untuk Meningkat Maju: Pulangan Yang Tahan Dibadai Dan Hasil Yang Tidak Ada Tandingannya

Kebebasan: Mencipta Pelan Pendapatan Seumur Hidup Untuk Diri Sendiri

Masa Untuk Menang: Pendapatan Yang Diperoleh Adalah Hasilnya

 Rahsia Golongan Ultra Kaya (Pembaca Juga Boleh Manfaatkannya!)

 

BAHAGIAN 6

Melaburlah Seperti Yang Dilakukan Oleh Segelintir 0.001% Pelabur Itu: The Billionaire’s Playbook

Kenali Jaguh-Jaguhnya

Carl Icahn: Master Of The Universe

 David Swensen: Minat Yang Diusahakan Membuahkan Usd23.9 Bilion

John C.bogle: Pelaburan Gaya Vanguard

Warren Buffett: Peramal Dari Omaha

Paul Tudor Jones: Robin Hood Zaman Moden

Ray Dalio: Jaguh Sepanjang Musim

Mary Callahan Erdoes: The Trillion-Dollar Woman

T. Boone Pickens: Dilahirkan Untuk Menjadi Kaya Dan Memberikan Sumbangan

Kyle Bass: Jaguh Risiko

Marc Faber: Hartawan Yang Digelar Dr. Doom

Charles Schwab: Berbicara Dengan Chuck, Broker Pilihan Ramai

Sir John Templeton: Pelabur Terhebat Abad Ke-20?

 

BAHAGIAN 7

Lakukan, Nikmati Dan Kongsikannya!

Masa Depan Yang Lebih Cerah Daripada Apa Yang Kita Sangkakan

Semangat Yang Berkobar-Kobar

Rahsia Terakhir

7 Langkah Mudah: Senarai Semak Untuk Pembaca Menuju Kejayaan

Penghargaan

Senarai Syarikat Milik Anthony Robbins

Stronghold Wealth Management

Latar Belakang Anthony Robbins Companies

Catatan Tentang Rujukan

Kebenaran

Catatan Tentang Penulis 

ULASAN

Money: Master The Game merupakan salah sebuah hasil penulisan Tony Robbins. Buku ini seperti mana buku - buku lain dipasaran yang menceritakan tentang kewangan akan menerangkan apa itu ilmu kewangan. Tetapi apa yang membezakan antara buku ini dengan buku - buku yang lain adalah beliau telah mencatatkan didalam penulisan beliau ini satu garis panduan ataupun langkah mudah untuk para pembaca menuju kearah kebebasan kewangan.

Kebebasan kewangan adalah sesuatu yang jarang untuk orang ramai kecapi kerana kebanyakan mereka masih terkongkong dan dipengaruhi dengan mitos - mitos kewangan. Di dalam buku ini mitos - mitos ini akan diterangkan oleh Tony Robbins dan persoalan yang tinggal ialah mampukah pembaca sedar mengenai mitos - mitos ini? Adalah amat digalakkan kepada para pembca untuk mempraktikkan segala garis panduan yang telah dinyatakan oleh Tony Robbins didalam penulisan beliau ini.

Didalam buku ini juga diceritakan tentang individu - individu yang kaya dan sudah mencapai tahap kebebasan kewangan. Melalui sedikit bingkisan tentang individu tersebut dapat dijadikan sebagai pembakar semangat dan tokoh contoh kepada para pembaca yang ingin mempelajari perkara - perkara tentang wang sehingga menjadi salah seorang daripada individu yang digelar sebagai cerdik wang.

Buku ini sepatutnya dimiliki oleh sesiapa yang berminat dalam selok belok kewangan dan individu yang masih mencari jalan untuk mencapai kebebasan wang. Malah pelabur - pelabur juga patut beli dan baca buku ini agar dapat meningkatkan lagi kadar keuntungan yang diperoleh asalkan ikut garis panduan yang telah dicatat dalam buku ini. Memang berbaloi walaupun harganya mahal kerana buku ini telah mendapat pengiktirafan oleh ramai individu - individu yang hebat dalam hal - hal kewangan dan jutawan. Just buy this book, change your way and win the game!