Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Muda dan Melayu (L110)

HARGA: RM23.00

Berat | 0.200kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789832344476
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5"
ISBN-13:9789832344476
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.20
 
PENGALAMAN individu, walaupun kuat dipengaruhi oleh jatidiri kelompok, sebenarnya merupakan sesuatu yang unik. Tetapi di Malaysia, di mana identiti kaum menjadi sesuatu yang dipaksakan bagi mengekang pemikiran popular dan mengabsahkan dasar-dasar kerajaan, keunikan individu tidak dipedulikan dan dianggap tidak bernilai – malah oleh para individu sendiri.

Yang menjadi paradoksnya, komuniti yang mungkin paling dikaitkan dengan pemaksaan jatidiri kelompok adalah dari kalangan Melayu sendiri.

Dalam koleksi tulisan yang disunting oleh Ooi Kee Beng dan Wan Hamidi Hamid, Sembilan penulis muda dan berjiwa muda - Haris Zuan, Wan Hamidi Hamid, Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud, Altaf Deviyati, Izmil Amri, Syukri Shairi, Raja Ahmad Iskandar, dan Edry Faizal Eddy Yusof - berkongsi kenangan individu membesar di Malaysia, dan dalam beberapa aspek membahaskan politik perkauman yang menjebakkan mereka serta keseluruhan rakyat Malaysia.