Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Mutiara Budi (L7)

HARGA: RM40.00

Berat | 0.560kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-0444-06-2
Qty
Penghantaran

Buku Mutiara Budi mengenang jasa Profesor Abdullah Hassan yang berkhidmat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan selama 25 tahun, 1972-1997.

Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. 

Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada tahun 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada tahun 1980, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 1982-1986 dan, Dekan Pusat Pengajian Lanjutan 1986-1987, dan bersara pada 1997.

Selepas bersara beliau dilantik menjadi Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997-2001, dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 hingga sekarang. Beliau pernah memegang British Commonwealth Scholarship (1967-72) Zamalah Fulbright-Hays di University Frankfurt, Jerman (Okt 2004). Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006. 

Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi.