Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Odisi Anak Kampar #(L54)

HARGA: RM28.00

Berat | 0.487kg
  • Kuantiti: 1
  • Produk SKU: 9789671071809
Qty
Penghantaran

Format: Paperback
ISBN: 9789671071809
Terbitan: Afif Book
Penulis: Affifudin Omar
Berat(kg): 0.487

SINOPSIS

Jamil dan Salleh, dua orang pemuda dari Kampar, Sumatera, hidup di bawah penjajahan Belanda pada penghujung abad ke sembilan belas. Salleh berjuang di dalam pergerakan gerila revolusi Indonesia menentang Belanda. Jamil menyimpan dendam terhadap Belanda yang merampas tanah keluarganya dan bertekad menuntut ilmu digunakan menentang Belanda.

Tetapi apabila tekanan dari penjajah Belanda untuk memberkas Salleh selepas pertempuran berdarah di Kampung Merawai, dia terpaksa berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Jamil yang bercita-cita menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam di Semenanjung, menolong melarikan Salleh dan isteri serta nenek isterinya keluar dari Kabupaten Kampar dan Kabupaten Siak di mana Belanda menumpukan carian mereka terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia.

Di Semenanjung Tanah Melayu, kedua pemuda ini merantau berasingan. Tetapi akhirnya mereka bertemu semula di Selangor dan selepas berapa lama di situ mereka berhijrah ke Kedah. Di Kedah mereka berjuang bersama-sama membina kehidupan baru dibawah pemerintahan penjajahan British dan Jepun.

Ikutilah kisah kembaraan dua insan ini yang merempuh segala rintangan politikal, sosiologikal dan fizikal di dalam usaha mereka membina hidup baru di Semenanjung Tanah Melayu.