Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OP) Who Moved My Cheese? (L76)

HARGA: RM29.90

Berat | 0.200kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-369-197-5
Qty
Penghantaran

ISBN-13: 978-967-369-197-5 
Tarikh Terbit: 11 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 80

Berat : 0.20kg

Kategori: Bukan Fiksyen UmumBisnes & Pengurusan UmumMotivasi & Inspirasi

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

 

 

Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:

- Menjangkakan perubahan

- Beradaptasi dengan perubahan secepatnya

- Menikmati perubahan

- Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.

 

 Fenomena Who Moved My Cheese?

  • Bahagian dalam Diri Kita
  • Kisah di Sebalik Tabir
  • Majlis Perjumpaan di Chicago
  • Sebuah Cerita: Siapa yang Mengalihkan Keju Saya?
  • Perbincangan Pada Hari yang Sama

 

REVIEW

 

Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih untuk berubah, kita menjadi berkuasa. Kita mempunyai kuasa untuk menentukan matlamat hidup dan mencapai impian kita. Bukan semua perubahan adalah bagus. Ada masanya, kita langsung tidak perlukan perubahan. Namun, dalam dunia yang sentiasa berubah ini, pasti ada kelebihannya apabila kita belajar beradaptasi dan sedia menikmati perkara yang lebih baik.

Who Moved My Cheese? adalah kisah tentang misteri kehilangan keju dalam dunia tikus. Keju adalah metafora bagi semua perkara yang kita mahu dalam hidup, sama ada harta, cinta, kebahagiaan, atau ketenangan. Tikus dalam kisah ini pula adalah simbolik kepada manusia yang sentiasa diuji dengan kehilangan harta, kehilangan kuasa, dan kehilangan orang yang tersayang. Apabila berlakunya perubahan dan kita hilang perkara yang kita sayang, adakah cukup sekadar kita meratap-ratap dan merenung langit sambil mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Dalam tempoh 16 bulan sahaja selepas diterbitkan, buku ini sudah tercetak sebanyak satu juta naskhah. Dua tahun berikutnya, buku ini sudah dicetak melebihi 10 juta naskhah. Mulakan perubahan ke arah yang lebih pada hari ini juga. Mulakan perubahan dengan membaca buku ini, Who Moved My Cheese? Ceritanya mudah difahami, namun impaknya sangat berkuasa. Berubahlah sebelum terlambat dan jangan terperangkap dalam zon selesa, kerana terlalu selesa boleh membawa binasa.