Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Pemikiran Etika Hamka #(L70)

HARGA: RM16.00

Berat | 0.195kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789676112873
Qty
Penghantaran

Karya sastera Hamka bukan suatu yang sengaja dicipta atas dorongan estetika, tetapi karya sastera yang dihasilkan merupakan cernaan daripada penghayaran Islam. Hamka pernah disebut sebagai ulama intelektual iaitu ulama Islam yang telah mensebatikan ilmu Islamnya dengan pemikiran ahli-ahli fikir besar Islam dan Barat.

Tujuan Hamka melakukan ini ialah untuk menarik minat dan perhatian masyarakatnya yang cenderung ke arah pemikiran rasional. Lantaran itu, Hamka cuba untuk merasionalisasikan tiap sesuatu persoalan hidup yang dibicarakan.

Dasar utama pembincangan Hamka berkisar tentang kesederhanaan hidup. Kesederhanaan hidup menurut pandangan Hamka adalah mengenai kesucian jiwa iaitu sebagai permata gemerlap yang menerangi jalan hidup manusia.

Bahan utama yang digunakan dalam perbincangan keseluruhannya dibahagiakn kepada dua bahagian iaitu karya-karya sastera Hamka dan karya-karya ilmu Hamka. Karya-karya sastera Hamka ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1938), Tuan Direktur (1940), Merantu Ke Deli (1939), Di Bawah Lindungan Ka'abah (1937), Keadilan Ilahi (1939), Menunggu Bedok Berbunyi (1949), Di Dalam Lembah Kehidupan (1939), Cermina Penghidupan dan Karena FItnah. Manakala karya ilmu Hamka pula ialah Tasauf Moden, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup dan Lembaga Budi.