Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Perjuangan Kaum Pekerja Ladang Asahan: Kisah Pahit Getir Perjuangan Pekerja Ladang Getah (L118)

HARGA: RM30.00

Berat | 0.430kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789670630663
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz: 6" x 9
ISBN-13: 9789670630663
Jumlah Muka Surat: 280
Berat (Kg): 0.43
Penulis: Teo Cheng Hai



Buku Perjuangan Kaum Pekerja Ladang Asahan memaparkan kisah penderitaan dan perjuangan para pekerja berbilang kaum dari ladang getah Bukit Asahan, Melaka menentang penindasan. Mereka telah bangkit menuntut hak mereka dengan menganjurkan perarakan bersejarah bermula dari Bukit Asahan, Melaka pada 14 April 1967 hingga tiba di Kuala Lumpur. Sejumlah pemimpin mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perjuangan ini melambangkan perpaduan dan setiakawan para pekerja berbilang kaum yang bersatu padu dalam perjuangan membela nasib bersama. Penerbitan buku ini ialah salah satu daripada projek Pusat Sejarah Rakyat untuk menghasilkan karya-karya yang bertolak daripada ‘pandangan dari bawah’, yakni daripada perspektif rakyat yang terlibat dalam pelbagai perjuangan dalam sejarah tanah air kita. Buku ini pertama kali diterbitkan dalam bahasa Tionghua pada tahun 2013 dan mendapat sambutan baik para pembaca khususnya mereka yang terlibat dalam perjuangan dahulu. Kini edisi bahasa Melayu dapat diterbitkan agar para pembaca yang lebih ramai khususnya mereka yang berbahasa Melayu dapat turut mengetahui dan menghayati sejarah perjuangan ini serta memperoleh ilham dan pengajaran daripadanya.