Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!
PERJUANGKAN SYURGAMU
ISBN: 978-983-097-831-4
Kod: GB 0572
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 216 ms
Harga: RM20.00/RM22.00
SINOPSIS
Sebagai hamba yang sudah pun dijanjikan ujian untuk ke syurga, memang sudah tugas kita untuk berjuang melepasinya.
Miskin harta, bagaimana mahu mengelakkan diri daripada hidup meminta-minta? Teruji dengan kelemahan pasangan, bagaimana mahu terus berjuang untuk mempertahankan satu ikatan perkahwinan?
Perjuangan itu yang mahal! Perjuangan itu yang Allah pandang dan nilai. Mampukah kita mempergunakan apa-apa saja ujian yang tiba untuk membawa kita ke syurga? Itulah persoalannya!
Membaca kisah-kisah dalam buku PERJUANGKAN SYURGAMU ini menginsafkan. Betapa selama ini kita sering berasakan ujian hidup kita sangat besar, tetapi rupa-rupanya, ujian hidup orang lain ternyata jauh lebih mencabar.
Ini adalah antologi kisah-kisah benar yang telah dinukilkan oleh penulis untuk dihayati dan diambil iktibarnya. Dan paling penting, untuk kita manfaatkan sebagai satu motivasi yang cukup baik untuk kita melepasi ujian hidup sendiri!