Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OS) Siri Cerita Hantu: Puaka Guli (R9,R1)

HARGA: RM10.00

Berat | 0.095kg
  • Kuantiti: 10
  • Produk SKU: 978-967-369-439-6
Qty
Penghantaran

Bunyi seperti guli bergolek itu sudah hampir sejam. Akhirnya kesabaran Halim hilang. Dia bangun dan mahu ke stor mencari tangga. Dia mahu melihat sendiri apa yang asyik bergolek di atas siling rumah.

Di luar bilik, dia melihat Jamali dan Saharil sedang berada di ruang tamu. Wajah mereka mengantuk dan tidak puas hati.

“Hah, Halim kau pun bangun juga?” soal Jamali yang terlihat masih bingung.

“Bunyi bising sangat atas siling tu. Aku tak dapat tidur.”

“Samalah. Aku dah syuh-syuh pun ada lagi,” sampuk Saharil.

“Aku nak ambil tangga. Nak tengok.” Halim terus menuju ke stor yang terletak di sebelah dapur. Apabila pintu stor dibuka, Halim terus tergamam. Lututnya terasa lemah. Di dalam stor itu dia melihat Jamali dan Saharil sedang mengerekot dengan wajah ketakutan…

 

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.