Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OS) Rekahan Jiwa (R10)

HARGA: RM15.00 - RM13.50

Berat | 0.120kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-369-291-0
Qty
Penghantaran

ISBN: 978-967-369-291-0
Muka Surat: 112
Saiz: 5.3" x 7.6"

Berat (KG) : 0.12

Ini bukan buku puisi, atau kata pujangga. Jauh sekali karya sastera.

Ini hanyalah catatan rasa seorang manusia terhadap Tuhannya dan alam sekelilingnya.

Rekahan dimisalkan kepada bibir, lambang keindahan dan kecantikan.
Rekahan pada kuntum bunga, apabila mula mekar mengambang.
Rekahan pada jiwa, bila jiwa kontang dan dahaga.
Rekahan pada jiwa, demi mengalirkan kasih tulus sesama manusia.
Rekahan pada jiwa, demi menyerap cinta yang Maha Esa.
Inilah rekahan jiwa.
 

DR. HAMIDAH MAT

Anak kelahiran bumi keheningan sunyi bendang dan bauan sekam dibakar dari Padang Sera, Kedah ini merupakan peminat tegar karya-karya Prof. HAMKA.

Graduan Jordan dan juga pemegang Doktor Falsafah di dalam bidang syariah ini memilih genre puisi bebas sebagai wahana untuk menzahirkan fikrah dan idealisme ketuhanan dan kemanusiaan yang sering bermain di dalam fikirannya. Ternyata, dunia akademik sebagai pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semenjak tahun 2000 tidak mampu mengongkong gelora seni yang terpendam di dalam diri.

Pengalaman merantau dan merasai sendi-sendi kehidupan manusia di Bumi Jordan dan Bumi Inggeris selama hampir sepuluh tahun telah menemukan dua budaya berbeza. Bersama empat orang cahaya mata dan belahan jiwa yang juga turut berhempas pulas menghasilkan karya-karya membimbing massa, akhirnya penulis berjaya menghasilkan sebuah buku himpunan puisi demi berkongsi rasa dan apa yang terbuku di minda. Penulis juga meminati filem-filem kemanusiaan seperti Taare Zamin Paar lakonan Amir Khan yang telah mengenengahkan sisi-sisi pencil dalam masyarakat.

Rekahan Jiwa adalah karya sulung Dr. Hamidah Mat yang cuba berkongsi rasa-rasa sebagai manusia biasa.