Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Risalah Nahdah-Hudud: Perlaksanaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Keadilan Sosial di Malaysia #(L54)

HARGA: RM15.00

Berat | 0.157kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789671478417
Qty
Penghantaran

Selama ini hudud sentiasa dirujuk atau dimasuki melalui pintu kitab-kitab feqah mazhab sahaja, seolah-olah Islam ini hanya bersumberkan kitab-kitab feqah empat mazhab. Jarang sekali agamawan membicarakan hudud dari sudut falsafah, sejarah atau seerah nabawiyyah, psikologi atau kriminologi dan kesesuaiannya dalam konteks negara bangsa moden yang perundangan sivilnya telah bertapak kukuh.

Apabila Islam hanya dilihat dari sudut feqah semata-mata, maka timbullah fahaman Islam yang singkat dan simplistik. Ini boleh merosakkan keindahan ajaran Islam yang sangat tersusun dan sistematik dalam menghadapi dan mengatur kehidupan manusia seluruhnya tidak kira muslim atau bukan muslim mengikut maratib al-a’mal atau sususan keutamaan berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fahaman yang tidak benar yang diarusperdanakan menjadi ‘fahaman Islam’ seperti fahaman negara Islam mesti melaksanakan hudud, menyebabkan salah faham dan tuduh menuduh sampai ke tahap takfir sesama umat Islam.

Untuk memperbaiki fahaman yang silap itu, usaha melihat Islam dari dimensi sejarah perundangan yang sebenar mestilah diperkasakan, mengkaji sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam memberikan keadilan sosial kepada masyarakat, menelusuri konsep-konsep kemaafan dan kelapangan selepas melakukan kesalahan dan dosa, menekankan konsep menutup keaiban sesama Islam dan sesama manusia, serta menggalakan masyarakat menuntut ilmu secara serius berbanding hanya mendengar retorik para ustaz dan penceramah bebas sahaja.