Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+60166241604

Souvenir Dari Angkasa Lepas (KOPI) (L192)

HARGA: RM20.00

Berat | 0.150kg
  • Kuantiti: 3
  • Produk SKU: 9789671252373
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789671352373
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.15

 

“Engkau pasti?” Tanya Profesor Shukor Osman bila dia bersua muka dengan lelaki jepun yang tinggi lampai.

 

Profesor Shinzo Tachikawa mengesat kaca mata sebelum melihat kembali skrin LCD pada atas meja yang sedang memaparkan isyarat kit sune II. Dia bandingkan isyarat yang diterima dengan isyarat dari arkib agensi penerokaan angkasa lepas.

 

“Aku periksa berulang kali, isyaratnya sama dengan robot peneroka kit sune II yang hilang lima dekad lalu.”

 

“Dari mana isyaratnya?”

 

Isyarat dari kit sune II bagai denyutan nadi yang mengembang dan menguncup silih berganti di meja LCD. Tangan Shinzo Tachikawa bergerak di atas meja mengalih hologram dan membuka menu pada skrin. Dia mengambil beberapa saat untuk masuk ke dalam sistem satelit antarabangsa di orbit planet marikh.

 

“Isyarat berasal dari bahagian sistem solar di luar orbit planet Neptune, dikenali sebagai Kuiper Belt,” sambut Shinzo Tachikawa.

 

“Terdapat lebih daripada 2000 dwarf planet di daerah itu,” kata Profesor Shukor.

 

Shinzo Tachikawa bergerak mencapai alat kompas dari rak rak pejabat.” Aku mampu menapis isyarat Kit Sune II dan mengenal pasti dengan tepat planet yang dimaksudkan.” “Aku akan buat persiapan untuk ekspedisi ke sana.”