Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Startup 10 Ringgit #(Q6)

HARGA: RM20.00

Berat | 0.119kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789671528303
Qty
Penghantaran

Format: Kulit Nipis

ISBN : 978-967-15283-0-3

Berat (kg) : 0.119

 Jumlah Muka Surat: 72

SYNOPSIS

 

Ray baru sahaja dibuang kerja. Dek kerana risaukan Ray menghabiskan beras di rumah, ibunya mencadangkan untuk Ray mula berniaga.

Kebetulan pada masa yang sama, dua rakannya iaitu Ken dan Sohail juga sedang merancang memulakan bisnes.

Mereka bertiga bertemu di kelas BMC dan mendapat tunjuk ajar dari Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Zusuff Kan.

Bersama Ray, Ken dan Sohail, ikuti perjalanan bisnes mereka dari kosong!

 

ISI KANDUNGAN

 

Prakata

Bertemu Peluang

Ilmu BMC

Mula Melangkah

Dan Seterusnya...

Temu Bual

Business Model Canvas

Autograf

ULASAN

"Startup 10 Ringgit" merupakan antara salah satu buku yang membawa isi tentang perniagaan. Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang BMC. Apa itu BMC? BMC ialah singkatan kepada Business Model Canvas. Ia merupakan satu hamparan atau kanvas yang digunakan untuk mencurahkan idea bisnes ke atas kertas sebagai tujuan validasi sebelum dijadikan bisnes sebenar.

Membina atau melakar satu BMC adalah suatu perkara yang penting kepada semua individu yang baru mula nak berbisnes supaya sistem dan atur cara perjalanan bisnes itu dapat dilihat secara kasar. Ia juga dapat membantu untuk mengenal pasti kekurangan pada idea yang dibentangkan. Lalu, langkah penambahbaikan dapat dicadangkan.

Buku ini amat sesuai untuk semua individu yang baru nak mengadakan bisnes persendirian ataupun bisnes bersama dengan pihak lain. Apa yang uniknya buku ini, penyampaiannya ialah melalui komik. Ini merupakan trait yang jarang ada pada buku - buku bisnes. Dengan jalan ceritanya yang "relatable", pembaca akan mudah memahami apa yang cuba disampaikan didalam buku ini dan tidak bosan sekiranya ingin dibaca berulang -ulang kali. Mungkin ilmu yang disampaikan ini boleh diajar pada anak - anak yang masih bersekolah kerana ianya dalam bentuk komik yang sudah pasti disukai oleh mereka.