Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Sujud Yang Terakhir #(L65,BL65)

HARGA: RM30.00

Berat | 0.400kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789672118176
Qty
Penghantaran

Sinopsis

"Pernah tak kamu terfikir, macam mana kalau Allah terus balas
'cash' atas maksiat dan dosa yang kamu buat? Contohnya, kamu
suka tengok aurat perempuan, tiba-tiba Allah tarik nikmat mata
kamu sampai jadi buta. Tapi, Allah tak buat macam tu sebab Allah
nak bagi kamu peluang untuk bertaubat."
Malik -

"Melalui internet dan media sosial, fitnah sekarang ini di hujung jari.
Agama Islam bebas diperlekeh dan dimalukan begitu saja. Ajaran
sesat dan golongan LGBT pula bebas untuk sebarkan pemahaman
negatif mereka. Malah, para ulama' dan agamawan juga bebas
dihina. Ya, semuanya semakin bebas!"
Nizarman-

"Kewujudan Tuhan tak boleh diterima akal kerana tak boleh dilihat.
Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada kejahatan dan orang yang
tertindas? Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada beribu-ribu agama
di atas bumi ini dan setiap agama pula ada gambaran yang berbeza
mengenai Tuhan?"
John-

"Islam tak halang perempuan untuk Jadi cantik, tapi ia perlu
ditunjukkan kepada orang yang layak saja, iaitu suami. Kalaulah kita
tahu macam mana 'kuasa' mata lelaki bila mereka pandang
perempuan, mesti kita akan rasa takut untuk pakai pakaian yang tak
sepatutnya."
- Safiyah

"Berapa ramai anak muda sekarang ini yang tak tahu cara bersuci
dengan betul? Kalau tak sah wudhuk atau mandi wajib, adakah
Ibadah kita akan diterima Allah? Bila kita selalu berada dalam
keadaan yang tak bersih atau hadas, syaitan akan mudah untuk
dekati kita, malah menjadi salah satu sebab kenapa kita selalu nak
buat dosa."

-Hanafiah

Banyak lagi persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah
SUJUD YANG TERAKHIR, suatu pengalaman yang bakal membawa
pembaca menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan
kebahagiaan.

Pastinya, anda tidak akan berhenti membaca hingga
helalan yang terakhir!