Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OP) Super Woman (L179)

HARGA: RM35.00 - RM31.50

Berat | 0.430kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-411-058-1
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
Tarikh Terbit: 22 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 374
Berat(kg): 0.43

 

Mengalami tekanan dalam mengendalikan rumah tangga, pada masa yang sama turut berkerjaya? Malah, ada wanita yang lebih dahsyat. Mereka bekerja, menguruskan rumah tangga dan kemudian turut menyambung pelajaran. 

Tidak kurang hebat juga para suri rumah yang 'tidak cukup tangan' dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Umpama tidak cukup 24 jam yang ditetapkan di dunia ini. 

Kini, Super Woman hadir demi membantu kita, menjadi para wanita menjadi luar biasa! Dengan tip dan maklumat yang padat, turut dikupas berkenaan peranan wanita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, pelajar dan paling penting, sebagai hamba Allah yang mendambakan cinta-Nya.

Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.

 

ISI KANDUNGAN

Kata Pengantar

Jom Berkongsi Pengalaman Bersama

Pendahuluan

 

Bahagian 1: Wanita Sukses dan Tanggungjawab Serentak 

 Corat-Coret Wanita Berkerjaya

Sejarah Asal Kejadian Wanita

Imbas Kembali Sejarah Dahulu

Kedudukan Wanita daripada Perspektif Agama lain

Siapa Wanita Super?

Peranan Wanita Super

Alang-Alang Menyeluk Pekasam

Jom Sukses dengan Tulang Ikan

Teknik Tulang Ikan

Kenali Diri dengan Bunga Empat Kelopak

Bagaimana Mengenali Diri?

Rehat Sebentar dengan Segelas Air

Saya Perlu… Mempunyai Azam, Matlamat, dan Istiqamah

Wanita Super adalah M.U.S.L.I.M.A.H SUPER

 

Bahagian 2: Setiap Wanita adalah Wanita Super dan Kita adalah Wanita Super

Wanita Super dan Pengurusan Diri

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita Super

Kuasa Doa Wanita

Apa yang Masuk, Itulah yang Keluar

Wanita dan Tanggungjawab Serentak

Kuasa Produktiviti daripada Kelemahan Diri

Impian CINTA dan CITA-CITA

Wanita Super Berjaya di Dunia dan Akhirat

Kerjaya sebagai Seorang Pelajar?

Mentor dan Protégé @ Mentee

10 Strategi Meningkatkan Motivasi dan Keyakinan Diri 

 Sihatkan Diri Terlebih Dahulu Sebelum Menjaga Orang Lain

 Inilah Impian dan Cita-Citaku

Wanita Super dan Pengurusan Rumah Tangga

Wanita Bujang yang Gembira dan Wanita Berkahwin yang Bahagia

Kunci Kebahagiaan

Doakan Impian Bahagia hingga ke Syurga

Wanita Bujang yang Gembira

Wanita Super adalah Isteri Super (Super Wife)

Tip Mengurus Rumah Tangga Tiga dalam Satu

Berkongsi Resipi Bersama

KPI Wanita Super

5 Rahsia Kebahagiaan dan Kecemerlangan Ibu Mithali

Wanita Idaman Lelaki & Petua Dato’ Sarimah Ahmad

 Sedapnya Air Tangan Isteri dan Ibu

Wanita Super Sebagai Pengurus Kewangan

Wanita Super adalah Ibu Super (Super Mom)

Rumah Kita, Syurga Kita

Perlu ataupun Tidak Pembantu Rumah?

Wanita dan 5 Pejabat Utamanya

Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian untuk Ahli Keluargaku

Wanita Super dan Pengurusan Kerjaya

Mengapa Saya Bekerja? Adakah Saya Perlu Bekerja Ataupun Tidak?

Kerjaya sebagai Pengurus Rumah Tangga

Kerjaya sebagai Ikon Masyarakat

Kerjaya sebagai Pekerja dan Kerjaya sebagai Bos

Bos Hebat dan Bos Cemerlang

Kerjaya sebagai Pelajar

Apabila Bekerja…

Wanita Berkarier: Sibukkah Saya?

Tekanan di Rumah dan Tempat Kerja? Usah Risau, Ada Penyelesaiannya

Menjadi Wanita Super di Tempat Kerja

Peranan Tempat Kerja dan Produktiviti Pekerja

Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian dalam Kerjayaku

 

Bahagian 3: 7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya

Apakah Maksud ‘Seimbang antara Rumah Tangga dan Kerjaya?’

Apa itu Seimbang?

7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya

Sebab dan Punca Keruntuhan Rumah Tangga Adalah Kerjaya

 

Bahagian 4: Muhasabah dan Checklist

Checklist Wanita Super

Checklist Wanita Super Produktif

Noktah untuk Wanita Super

Bibliografi

Biodata Penulis

 

REVIEW

Kerjaya apakah yang paling mencabar di dunia ini?

Pasti ada yang akan menjawab tentera di medan perang, pemburu dan penjinak binatang liar, nelayan laut dalam, dan berbagai-bagai lagi jawapan yang seangkatan dengannya. Namun, jarang sekali yang akan menyebut suri rumah sebagai kerjaya yang paling mencabar.

Mahu rasakan cabaran dan kesusahannya?

Cubalah sendiri. Pasti ramai lelaki yang akan mengalah dan barulah mereka mahu mengakui kehebatan wanita.

Tambah mencabar lagi, ramai wanita sekarang yang perlu bekerja di pejabat, menyambung belajar di universiti, mengurus rumah tangga, memenuhi tanggungjawab sosial bersama masyarakat, dan pada masa yang sama perlu memenuhi keperluan peribadi. Mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding masa yang ada. Menjadi wanita itu sendiri adalah satu cabaran yang besar bagi mereka.

Namun, ajaibnya para wanita ini. Allah mengurniakan kelebihan, ketenangan, kesabaran, dan kelembutan kepada mereka untuk melunaskan pelbagai tanggungjawab ini dengan cara yang terbaik. Tangan mereka yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia dan kelembutan mereka menyebarkan kasih sayang ke seluruh dunia. Mereka selayaknya digelar sebagai “Super Woman”.

Buku “Super Woman” ini terbit tepat pada masanya. Dalam dunia moden yang penuh dengan kekalutan dan kesibukan, terlalu ramai wanita yang mencari-cari manual lengkap untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Dengan berlandaskan bimbingan wahyu dan hadis, buku ini memberi panduan untuk menjadi super woman yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Dengan pengalaman peribadi penulis dan himpunan kisah inspirasi tokoh wanita yang hebat, buku ini menjadi berkesan dan praktikal untuk diamalkan. Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.

Kerjaya dan rumah tangga, manakah yang lebih penting? Perlukah kita mengorbankan salah satu daripada untuk menjadi super woman? Memilih antara kerjaya dan rumah tangga, bagaikan kita memilih untuk mengerat tangan kiri atau tangan kanan kita sendiri. Dengan panduan dalam buku ini, kita akan dibimbing untuk mencapai keseimbangan tanpa perlu mengorbankan perkara penting dalam hidup kita. Kuncinya adalah prioriti dan teknik yang berkesan untuk mengurusnya.

Buku ini adalah sebuah perjalanan bagi menuju keseimbangan dan kecemerlangan bersama. Ia adalah perjalanan yang berterusan sekalipun kita sudah selesai menghadam buku ini. Buku ini bukanlah langkah demi langkah yang gerenti jadi seperti buku masakan, tetapi proses pembelajaran yang berterusan. Perjalanan ini sangat panjang dan penghujungnya adalah masuk syurga bersama-sama suami dan anak-anak yang dicintai. Semoga Allah meredhai kita sekeluarga.