Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Tafsir Jalalain- Juzu' Amma (L113)

HARGA: RM50.00

Berat | 0.860kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789673880485
Qty
Penghantaran

Ilmu tafsir al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahu ta‘ala. Sejak zaman pengarangnya masih hidup, iaitu pada kurun ke-9 Hijrah, sehingga kini, buku karangan mereka sangat terkenal di seluruh dunia Islam. Antara kelebihan buku mereka berdua ialah mereka telah memilih tafsiran yang paling sahih pada ijtihad mereka berdua untuk dimuatkan dalam kitab mereka, tanpa menyebut pendapat-pendapat lain, lalu buku mereka bersifat ringkas, padat dan sudah memadai untuk dijadikan wasilah memahami al-Quran.