Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9 (M13,G64)

HARGA: RM25.00

Berat | 0.520kg
  • Kuantiti: 468
  • Produk SKU: 978-967-481-124-2
Qty
Penghantaran

Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 9, iaitu Surah Al-A’raf dan Surah A- Anfal. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.