Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

(OP) The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini) (Q15)

HARGA: RM33.00

Berat | 0.564kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 978-967-481-173-0
Qty
Penghantaran

Format : Paperback
ISBN-13 : 978-967-481-173-0
Tarikh Terbit : Cetakan Jun 2018
Jumlah Muka Surat : 416
Berat (kg) : 0.564
Penulis : Allan & Barbara Pease
Penerbit : PTS Publishing House

 
 SINOPSIS / SARI RANSANG

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:

  • Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.

  • Isyarat bahasa badan Si Penipu

  • Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah

  • Magik di sebalik senyuman wanita

 

Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

ISI KANDUNGAN

 

  • Pengantar Penterjemah
  • Pengiktirafan

  • Pengenalan

  • Memahami Asas Bahasa Badan

  • Kuasa di Tangan Kita

  • Keajaiban dalam Senyuman dan Ketawa

  • Isyarat Lengan

  • Perbezaan Budaya

  • Gaya Tangan dan Ibu Jari

  • Penilaian dan Isyarat Penipuan

  • Isyarat Mata

  • Penceroboh Ruang

  • Bagaimana Sepasang Kaki Mendedahkan Apa yang Minda Kita Mahu Lakukan

  • 13 Gaya Paling Biasa Kita Lihat Setiap Hari

  • Memimik Gaya: Bagaimana Kita Membina Hubungan

  • Rahsia di Sebalik Isyarat Rokok, Cermin Mata, dan Solekan

  • Bagaimana Tubuh Badan Menunjukkan ke Mana Minda Mahu Pergi

  • Pemilikan, Wilayah, dan Isyarat Ketinggian

  • Penyusunan Tempat Duduk - Di Mana Kita akan Duduk dan Mengapa

  • Temu Duga, Permainan Kuasa, dan Politik Pejabat

  • Menghimpunkan Semuanya Bersama

ULASAN

 

Bahasa Badan salah satu pengetahuan yang perlu setiap orang ambil tahu jika anda adalah seorang pemimpin. Dengan mengetahui bahasa badan seseorang, kita boleh ‘tackle’ orang dengan mudah, dan kita akan selangkah lebih cepat dari orang lain.

Anda boleh tahu apa yang patut anda lakukan seterusnya dengan hanya berjabat tangan. Anda boleh membuat banyak andaian tentang seseorang dengan hanya berjabat tangan dengan mereka. Sesetengah pakar bahasa tubuh percaya, berjabat tangan adalah cara pertama untuk memeriksa sama ada orang dihadapan kita itu mempunyai pisau yang menyembunyikan lengannya.

Baru-baru ini, viral sekping gambar Donald Trump dan beberapa pemimpin dunia ketika ‘Group of 7 summit meeting’. Gambar itu telah dirakam oleh Jesco Denzel, seorang jurugambar kerajaan Jerman dan memuatnaik di instagram Canselor Jerman, Angela Merkel.

Ketegangan dalam gambar tersebut bermaksud untuk menyembunyikan perselisihan antara Trump dengan Angela serta beberapa pemimpin lain mengenai masa depan perjanjian nuklear Iran dan hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Eropah.

1. Berjabat tangan