Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Travelog Haji Hadi #(L41)

HARGA: RM30.00

Berat | 0.195kg
  • Kuantiti: 9
  • Produk SKU: 9789672007166
Qty
Penghantaran

Ramai daripada kita mengelak untuk berbicara soal ibadat haji dan kisah suka duka di sebalik pejalanannya. Ini menyebabkan cerita sebenar tidak disampaikan dengan sempurna. Bukannya bermaksud kita perlu melondehkan aib atau kelemahan mana-mana pihak, tetapi kecenderungan untuk berdiam diri itu timbul kerana ada jemaah haji yang menganggap apa sahaja kejadian atau perkara yang mungkin dianggap ‘kurang elok’ (ujian, cabaran, halangan, kesusahan) sepanjang melaksanakan ibadat haji tidak patut diungkit dan dikongsi, kerana ini hanya akan menjejaskan ‘kemabruran’ haji mereka.

Melalui naskhah ini, penulis cuba membuktikan bahawa pemahaman ini tidak tepat. Malah, usaha penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sama ada oleh pihak Tabung Haji atau kerajaan Arab Saudi agar perjalanan ibadat haji yang dihadapi oleh para jemaah haji semakin dipermudahkan. Penulis juga cuba membawa pembaca untuk menilai semula pandangan umum masyarakat bahawa ibadat haji perlu ditangguhkan sehingga mencapai usia ‘pencen’, sedangkan ibadat ini harus diisi dengan rukun-rukun yang memerlukan upaya fizikal dan ketahanan mental yang tinggi.