Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601158381349

Ulu Yam Di Liverpool 2 (L107)

HARGA: RM35.00

Berat | 0.500kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789831249758
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz:5.5" x 8.5”
ISBN-13: 978-983-124-975-8
Jumlah Muka Surat: 478
Berat (Kg): 0.50

Pernah lihat bagaimana seekor hamster berlari dalam gegelung sangkar besi? Betapa lajunya hamster itu berlari tetapi masih berada di titik yang sama, kan? Cuba kita renungi perjalanan hidup kita dengan denai hamster itu. Apakah kita masih terbelenggu di titik yang sama, tidak kira berapa kuat pun kita berusaha?

YA! KITA MASIH DI TEMPAT YANG SAMA!

Ironinya, kita rela terbelenggu dengan paradigm ini walau jauh di sudut hati, kita merintih pilu mengenang untung nasib diri yang masih di takuk lama. Kita tahu dan sedar;

 

… Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan-NYA kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Al-Anfal:53)

 

Jadi, mengapa kita rela dibelenggu kehidupan sebegini?

Di sinilah titik mula kita perlu berhijrah.

Merubah paradigm menjadi insan yang lebih hebat dan keluar daripada kepompong kehidupan yang biasa.

Percayalah, hijrah itu indah walau tidak mudah.

Segala dugaan dan kepayahan dalam meniti denai hijrah, pasti ada balasannya.

 

Hijrahlah… kerana setiap daripada kita berhak menikmati kehidupan yang lebih baik daripada semalam.